Stacy masuk Islam dirakam dan disebarkan - Pergi meninggal dgn kau punya SOP

Dari fb Hafiz Mansor

Stacy masuk Islam dirakam dan disebarkan.
Benda ni dah lama aku nk menaip kat sini, so nak bagitau sikit kat korg. Kalo ada org tu nak masuk islam, tak perlu la kita ni rakam lah amik gambar lah upload kat internet lah dan sebagainya. Bukan stacy saja tapi ramai.
Kau bangga ke sebarkan orang tu masuk Islam? Diorg baru masuk Islam tau tak berapa pressurenya diorg disebabkan kebodohan korang? Dengan kawan2, keluarga, saudara mara dan sebagainya.
Pihak jabatan agama berkaitan pun sama juga. Dah berapa lama dah mualaf tertekan dengan perangai korg. Minta dirahsiakan, jangan hantar surat atau kad kata dah masuk islam tapi hantar jugak.
SOP katanya. Pergi meninggal dgn kau punya SOP. Kau keluar2 dah Islam apa kau tau? Diorang bukan macam kau. Bagi tempoh bertenang dulu la der kat diorg yg br Islam.
Tak pasal2 bergaduh, kena halau rumah, kena buang keluarga, kena buang kerja. Bila dia adu kan, kau kata itulah dugaan seseorang yang baru masuk Islam. Pastu kau bantu diorg mcm mana bila dah x ada tempat tinggal dan family? Suruh dok masjid?
Bukannya semua kebaikkan boleh disebar untuk dibanggakan. Setiap org ada privacy masing2. Sila hormat diorang. Bagi diorang masa. Biar dari hati mereka sampaikan sendiri yang mereka masuk Islam sebab mereka tahu bila waktu yg sesuai sampaikan.
Kereta wira convert masuk engine mitsubishi pun amik masa nak stabilkan tune sana sini sampai kadang2 org tak tau engine apa dia pakai. Sampai la kau kena tinggal kat highway baru kau tau yg engine keta wira tu bukan biasa2.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan