Dua beradik diganggu seorang doktor berusia 40 tahun


Perangai keji seorang doktor mencabul dua beradik lelaki selepas mengumpan mangsa dengan telefon bimbit pintar berakhir apabila dia diberkas di kliniknya di sini semalam. Doktor berusia 40 tahun tersebut diberkas ketika hendak memasuki kliniknya pada pukul 1 petang. 

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, pembongkaran bermula apabila bapa mangsa hairan melihat anak-anaknya yang berusia 12 dan 14 tahun bergaya dengan telefon bimbit pintar yang berharga ribuan ringgit. Katanya, selepas didesak, kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut telah menceritakan yang alat telekomunikasi itu diberikan oleh seorang doktor selepas mencabulnya Sabtu lalu. 

“Bapa mangsa yang terkejut kemudian telah membawa anaknya itu ke sebuah hospital untuk diperiksa. “Dia bertambah terkejut apabila mendapati anak sulungnya juga menjadi mangsa doktor tersebut kira-kira dua minggu lalu,” katanya.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan