Timbalan Menteri ini dikecam kerana menyuarakan pandangan melalui Facebook

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penuh dedikasi, beliau sentiasa prihatin serta peka dengan keperluan rakyat dibawah bidang kuasanya. Lebih lagi dipilih sebagai ahli parlimen Tangga Batu, Melaka menjadikannya sangat sensitif jika kebajikan penduduk di kawasannya terbiar.

Beliau ialah YB Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah. Seorang ahli akademik dan telah berjasa kepada serata lapisan rakyat di negeri Melaka khususnya. Seorang yang sangat mudah untuk didekati dan mesra melayan keperluan setiap individu yang datang mengadu kepadanya.

Sebagai contoh pada 27hb Ogos 2015, beliau membuat satu posting bergambar di Facebook:



Abu Bakar Mohamad Diah: 4.15ptg Dalam Concrete Drain Ini Ada Ladang Rumput....Ada Tempat Banyak Sampah Kita Kata Rakyat Tidak Buang Sampah Dengan Betul...Kalau Ada Ladang Rumput Salah Siapa.....Cuba Teka......
Dan sepantas kilat respon diterima dari pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam tempoh sehari sahaja.


 

Abu Bakar Mohamad Diah: 5.44ptg....Kurang Dari 24 jam.....Selesai.....Terima Kasih MBMB Yang Sangat Cekap Lagi Terbaeeek....Warga Tangga Batu Sangat Menghargainya..Warga Tangga Batu Sentiasa di Hati.....
Walaupun begitu, kerapkali juga beliau menerima kecaman dari beberapa pihak yang terasa panas bontot apabila beliau mengambil langkah dengan memaparkan info sebegini di Facebook. Semoga beliau terus dengan tindakan pro-aktif dalam memberikan kebajikan terbaik buat semua.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan