.
Pernah satu ketika aku bertanya pada diri sendiri
"Adik2 akan membesar, bekerja, berkahwin, Ibu,ayah akan tua , siapa nak jaga aku? mcm mana aku nak survive dengan keadaan yang totally lumpuh, semua mengharapkan keluarga uruskan dari A-Z, aku diberikan akal yang cukup sempurna dan ingin merasa kehidupan sama seperti orang2 normal"
Aku pernah diberikan tekanan, dihantar di sekolah orang2 OKU untuk belajar berdikari, tak lama hanya bertahan 3 hari, aku menangis sepanjang masa, dan aku hampir ingin bunuh diri kerana ditempatkan dengan keadaan yang orang2 normal tak ambil berat dengan orang2 oku, ade yang digari dan dibiarkan makan najis sendiri, dipukul, aku betul2 serik dan taknak di tempatkan di sini kelak.
Bermula dari kesedaran ini aku mula mencari peluang2 yang ada untuk merubah keadaan yang akan berlaku, aku mula nampak masa depan , jika aku tak ubah dari sekarang apa yang akan berlaku pada diri aku. dan aku kesiankan keluarga yang terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan seharian,
AKU TAKNAK KEHIDUPAN YANG BEGINI! AKU NAK SENANG SUPAYA DAPAT MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA KELUARGA, MEMBERIKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA ADIK2 AKU SENDIRI SUPAYA MEREKA MEMPUNYAI BANYAK MASA UNTUK MENGURUSKAN AKU. AKU NAK KE SANA SINI, TRAVEL, INI YANG AKU NAK!!
Aku tanamkan sedalam dalamnya niat dan mohon pada allah untuk membantu, alhamdulillah sepanjang 10 tahun aku berusaha keras belajar sendiri, masterkan bidang yang aku ceburi, akhirnya membuahkan hasil, aku diberikan rezeki yang melimpah ruah, apa yang aku niatkan tercapai , aku dapat berikan kesenangan pada keluarga, dan berikan peluang kepada adik untuk sama sama naik dalam bisnes yang aku ceburi, syukur alhamdulillah.
Dan kini aku ditemukan dengan dr Azizan Osman, seorang yang bagi aku seperti malaikat yang di turunkan allah swt untuk mendorong aku pergi lebih jauh, bukan sahaja untuk membantu keluarga sendiri, malah membantu orang2 diluar sana terutama orang yang senasib dengan saya. aku takkan pernah sia-siakan peluang yang diberikan, aku akan terus bangkit dan berjaya, aku nak buktikan orang2 oku bukan dilahirkan untuk hidup dan MATI, tetapi kami juga boleh berbakti pada orang ramai.
Diambil dari fb: Khairul Nizam
0 comments :
Catat Ulasan