Aksi parkour dua lelaki ini memang sengaja cari nahas

Gambar sekadar hiasan
Aksi rakaman ‘parkour’ oleh dua lelaki di Kolam Air Desa Alam, Cheras mengundang padah apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) membuat laporan polis berhubung pencerobohan itu.
Rakaman yang viral sejak isnin lalu itu menggunakan drone menunjukkan dua pemuda melakukan aksi parkour dengan menceroboh masuk ke kawasan kolam itu.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas Priscilla Alfred berkata, dalam rakaman video berkenaan kelihatan dua lelaki memasuki kawasan kolam sebelum melakukan aktiviti parkour yang mementingkan kepantasan dan kecekapan.


“Rakaman pula dibuat menggunakan drone yang dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh.

“Segala aset SYABAS antaranya kolam air dan jajaran paip air yang digazetkan sebagai hak milik dan di bawah kawalan serta pengurusan SYABAS di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak boleh diakses mana-mana pihak atau individu tanpa mendapat sebarang kebenaran bertulis.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan