(Gambar Tertuduh) Ini kes rasuah RM700,000 tahun 2013 yang jadi punca Kevin Morais dibunuh


Berita tahun 2013: Doktor pangkat kolonel tidak mengaku salah. Ketua Makmal Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr R Kunaseegaran mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000.

Kunaseegaran, 50, didakwa meminta suapan daripada Abdul Razar Abdullah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), jam 11.58 pagi, pada 29 Ogos lalu.

Wang sogokan itu diminta oleh Kunaseegaran sebagai upah kerana mencadangkan Syarikat RAZ Medical Supplires Sdn Bhd dan B and S Enterprise serta Caremed Global Sdn Bhd untuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan perkakas pakai habis perubatan bagi tahun 2013.

Kunaseegaran turut didakwa bersetuju menerima wang RM700,000 daripada Abdul Razar, bagi tujuan sama. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Empire Gallery, Subang Jaya pada jam 5.15 petang, 3 September lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya, Azlin Sabtu mencadangkan RM500,000 terhadap Kunaseegaran dengan seorang penjamin. Azlin juga memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu, pasport Kunaseegaran dikembalikan kepada mahkamah sehingga selesai kes.

Bagaimanapun, peguam Geethan Ram Vincent mewakili Kunaseegaran merayu agar mahkamah memberikan ikat jamin yang munasabah terhadap anak guamnya. Geethan Ram berkata, isteri kepada anak guamnya hanya menyediakan RM25,000 untuk menjamin suaminya.

Hakim Slamat Yahya membebaskan Kunaseegaran dengan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan