Imam Masjid Negara jadi mangsa orang mental semasa solat Jumaat


Lelaki warga India yang menampar Imam Masjid Negara ketika solat Jumaat, semalam, ditahan reman bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata suspek berusia 31 tahun dan berasal dari Kashmir, India, itu ditahan reman atas kesalahan imigresen.

"Majistret membenarkan suspek ditahan reman bermula hari ini hingga 2 Oktober depan," katanya.

Dalam kejadian 1.45 petang semalam, Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, ditampar suspek ketika beliau baru hendak memulakan bacaan surah Al-Ankabut pada rakaat pertama.

Suspek kemudian dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan