Cara pelik untuk tambah susu ibu

Satu rahsia pelik yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Penyusuan badan sebenarnya sangat disarankan oleh para doktor kerana susu ibu mengandungi manfaat-manfaat yang tersendiri yang tidak boleh ditandingi oleh susu formula.


Para doktor telah menyarankan kaum ibu untuk menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya 6 bulan. Walau bagaimanapun, ada segelintir kaum ibu yang mengalami masalah untuk menghasilkan susu badan yang mencukupi disebabkan oleh perubahan hormon.

Tahukah anda ubat tahan muntah yang bernama Metoclopromide yang sering diambil untuk mencegah pening, loya dan muntah semasa mengandung boleh juga menambahkan susu badan?

Menurut kajian farmaseutikal, metoclopramide mampu untuk meningkatkan rembesan hormon prolaktin daripada kelenjar pituitari. Hormon prolaktin ini penting untuk merangsang kelenjar mamari pada payu dara untuk menghasilkan susu badan.

Namun pengambilannya hanya disarankan untuk jangka pendek iaitu tidak lama daripada sebulan bagi mengelak daripada berlakunya kesan sampingan seperti kekejangan otot-otot muka dan anggota badan.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan