Pendaratan pesawat MH2542 terjejas

Pesawat Penerbangan Malaysia MH2542 dari Kuala Lumpur yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sibu kerana jarak penglihatan terhad akibat jerebu.

Pesawat itu yang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.15 pagi dijangka tiba di LTAK, 9 pagi tadi.

Jarak penglihatan yang merosot akibat jerebu itu turut menyebabkan operasi keluar masuk di LTAK terjejas apabila beberapa pesawat yang dijadualkan berlepas sekitar 7 pagi hingga 10 pagi tadi gagal mendapat kebenaran berlepas.

Antara penerbangan yang mengalami kelewatan ialah pesawat AirAsia dari Bintulu, AK6057 yang sepatutnya mendarat di LTAK serta Malindo Air OD1601 dan AirAsia AK5205 yang ke Kuala Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Samarahan mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pagi tadi dengan jarak penglihatan terhad kepada sekitar 500 meter.

Mengikut Laman Web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 11 pagi tadi, tiga bahagian di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Samarahan (175), Sri Aman (151) dan Kuching (149). Manakala kawasan lain seperti Bintulu, Miri, Kapit, Limbang, Sarikei, dan Sibu mencatat IPU paras sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan