Fitnah usaha bantuan bencana bah kuning di Kelantan? Raja Shamri menjawab..


Dari page Facebook Raja Shamri:
Bila saya post masih ada dlm khemah beserta gambar ... baca pesanan saya dalam post tu betul2 ... " Jangan cari salah orang" ... ianya bermaksud jangan cari salah semua orang termasuk mangsa banjir. Ianya juga bertujuan menangkis kata2 jahat kepada saya yg katakan saya buat fitnah masih ada dlm khemah ... walhal memang betul masih ada dlm khemah ... tu belum lagi masuk ke pedalaman Aring / Bertam dsbg.

Tapi kita nampaknya terlalu berpolitik ... sentimen politik kita menjadikan kita kadang2 menulis komen dengan kejam ...

Jika kita dengar orang kata mangsa banjir itu sengaja tak nak pindah ... habis tu boleh bagi tahu tak ke mana mereka nak pindah? Boleh tunjukkan rumah mana? Nak pindah kemana?

Jangan just cakap mereka tak nak pindah .. that's it ...

Pindah ke kem PLKN eh? Pikir logik laaa sikit ... bagaimana dengan kerja mereka, anak sekolah dsbg... sementara bolehlah kalau berbulan2 ? Ini bukan setinggan bandar ... ini oang kampung yg ada lembu, kambing dan sosio budaya mereka tersendiri.

Jika kita dengar orang kata khemah2 tu kosong ... semua dah takde orang ...jangan dengar kata orang... turun dan tengok .. kami baru je tengok ... tapi takleh postkan gambar ... sebab ada yg bukak aurat ...
bila ada yang kata mereka sengaja tak nak pindah ... itupun orang yg kata bukan mangsa banjir tu yang kata...

Jangan jadi kejam dengan dengar kata orang walhal mangsa banjir orang miskin tak pernah dapat coverage di TV ... Jangan cari salah sesiapa ... kerajaan pusat atau negeri sebab banjir baru2 ni skalanya sangat besar .... kerajaan pusat dan negeri dua2 tak bersedia dengan bajet dan aset masing2 ...Dua2 pastinya dah buat apa yg mereka mampu buat ...

Jangan terlalu taksub dengan parti politik masing2 sehingga dlm bab nak tolong orang susahpun kita masih salahkan PAS salahkan UMNO ... jangan cepat buat andaian kalau diri sendiri hanya dengar apa yg suratkhabar / orang politik kata ...

Apa kata ... jommmm ikut saya dan team turun saban minggu ... Tuan2 takkan jadi begitu kejam menulis sebegini di internet kata begitu dan begini ...


Bukankah Dr. Suhaily itu Profesor Universiti?
Raja Shamri itu anggota senat Industri Universiti ?
Pak Yunos tu senior officer Kementerian Dalam Negeri?

Dan beratus lagi thirdforce yang turun yang rata2 profesor universiti / orang korporat / bos2 GLC dsbg ...
adakah kami semua ni bodoh?? Sebenarnya ... kami telah letak tepi sentimen politik kepartian dan kami letak tepi lama dah cari salah orang menuding jari kepada sesiapa ...

Kami hanya ajak sama2 turun buat baik...
Sama2 bersatu hati rebut saham akhirat masing-masing ...
Kenapa ada yg begitu cepat terasa?
Tak takut ke musibah tu kena kat diri sendiri dan takde siapa datang tolong?
Semoga kita dapat terus bersihkan hati masing2 dan terus istiqamah membantu ... Jom kita jadi rakyat Malaysia yang prihatin ya ...

Wallahu'alam ...

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan