(Kisah Benar) Limon si bangla yang rajin berusaha dan jadi penyelamat

Dari facebook Muharam Ariff:
Perabot patah kaki. Nasib baik ada penyelamat Abam Limon from Bangla datang memberikan bantuan. Abam Limon sekarang ini berkuli di kedai perabot Pakcik beliau di Bangi.

Limon: Bang, Pakcik saya ada 4 kedai perabot sekarang ni. Kedai runcit pun dia ada kat Johor. Ada 2. Dulu beliau datang sini sama macam saya juga. Datang cari kereja. Awal lagi. Tahun 80an. Sekarang Alhamdullilah dia dah berjaya. Dah kahwin dah. Sama-sama kereja dengan dia dulu. Bini dia asal Indon tapi dah dapat PR sini dah.

Saya pon nak jadi sama macam Pakcik saya. Dulu-dulu, saya bilajar tak pandai. Tapi takpa sekarang ni, saya bekerja sambil belajar urus bisnes. Kalau abang nak buka bisnes ni pon boleh. Kita share-share. Lesen boleh guna nama abang lah, sebab saya kat sini saya tak boleh guna nama saya.

Abang nak buka bisnes kedai runcit pon boleh, perabot lagi boleh. Saya tahu semua supplier. Saya call saja, supplier akan hantar barang. Ambil barang dulu pon boleh, tak perlu bayar lagi. kerna apa.. Abang,.. Kerna supplier dah kenal sama saya. Abang tak boleh, sebab supplier tak kenal sama itu abang. Abang tak perlu risau pasal bisnes. Itu bisnes saya boleh urus.

Ambo: Wow! Ka-ching!.. Ka-ching!

Semoga Limon akan berjumpa dengan angel investors yang boleh membantu cita-cita beliau menjadi macam Pakcik beliau.

Itu kisah orang yang mendatang, kisah kita yang asal macam mana?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum tersebut itu sendiri yang berusaha mengubahnya.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan