Sekumpulan bikers kurang ajar di hentian Petronas Serdang

 
Dari facebook Azahari Ismail:
Hentian Petronas Serdang - Aku request sekumpulan bikers supaya mereka parking double untuk jimat space parking. Apa yg aku dapat adalah cacian dan laungan makian seolah-olah aku orang baru keluar dari hutan tak mampu beli motor sebesar mereka. 
Kejadian berlaku di hadapan keluarga dan anak-anak aku. Aku hargai seorang daripada bikers yang mengaku apa aku cakap tu betul tetapi tidak diendah rakan-rakan mereka yang lain. Aku terus dimaki hamun dengan perkara-perkara tak berkaitan seperti, aku baik sangat perangai macam baguslah, aku pakai seluar pendek tak tutup aurat dilaung dengan kasar. 
Mereka menjadi lebih aggressive apabila aku snap gambar. Sikap bongkak kerana menunggang motor besar harus dielakkan.
Kejadian seperti ini menunjukkan betapa kecilnya otak mereka yang memiliki motorsikal berkuasa besar dan merasakan orang lain hanya sampah yang penuh dengan lalat jijik. Lahanat! Tapi bukan semuanya begitu.. kan?



Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan