Malu nak mengaku! 5 fakta lelaki memang obses kepada payudara wanita

Bukan taknak mengaku tapi malu. Ini adalah fakta yang benar buat kaum lelaki. Jika anda (lelaki) menidakkan fakta ini, sila pergi ke penjuru dinding dan menyesali atas apa yang berlaku kepada anda.

Kenapa kaum lelaki obses dengan payudara wanita? Apa yang membuatkan ia menarik?

Payudara adalah tumpuan pertama penglihatan lelaki pada wanita


Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi tumpuan mata lelaki normal dan merupakan anggota badan yang paling lama diperhatikan oleh seorang lelaki.

Payudara boleh memanjangkan umur lelaki

Merenung payudara wanita selama 10 minit setiap hari mampu memanjangkan usia lelaki antara lima hingga enam tahun. Ini adalah kajian yang dijalankan ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. Kajian yang diketuai oleh Dr. Karen Weaterby menyatakan renungan tersebut meningkatkan degupan jantung bersamaan dengan 30 minit senaman di gym.

Payudara wanita menenangkan lelaki

Kajian menunjukkan sejumlah lelaki menganggap payudara wanita mampu membuat mereka rasa tenang. Hal ini dikaitkan dengan fungsi pada bahagian tubuh tersebut iaitu menyusukan. Mana tidaknya, perkara pertama yang masuk ke mulut bayi ialah susu ibunya.

Simbol kesuburan

Lelaki menganggap payudara wanita adalah simbol kesuburan, pengasuhan dan rangsangan utama. Wanita yang memiliki payudara sempurna dianggap berkemampuan tinggi untuk menghasilkan keturunan bagus.

Lelaki makhluk visual

Berbeza dengan wanita yang biasanya ghairah hanya dengan membaca novel romantik, lelaki lebih gemarkan gambaran visual dan payudara adalah bahagian tubuh yang paling indah dan cantik.

Semuanya adalah fakta yang sukar disangkal oleh lelaki.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan